Home / Santai / Isu aurat dan pakaian seksi : Bukan Islam Kelantan tak bantah, kenapa yang lain nak bising sangat?

Isu aurat dan pakaian seksi : Bukan Islam Kelantan tak bantah, kenapa yang lain nak bising sangat?

Masyarakat Kelantan yang tidak beragama Islam mendakwa mereka tiada masalah dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) memberi kaunseling kepada wanita berpakaian ketat, menjolok mata dan seksi.

Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) Lim Kham Hong berkata mereka menyambut baik usaha yang dilakukan JAHEAIK, malah turut mengalu-alukan jika pendekatan sama dibuat kepada wanita bukan Islam dengan syarat ia tidak melanggar batas tertentu.

Katanya, sebagai bukan Islam mereka juga tidak selesa jika ada wanita memakai pakaian seksi di tempat awam.

“Itu hak Islam, agama Islam nak melarang sekiranya (ada wanita) tidak menutup aurat, kami tidak halang. Malah kami juga tidak ada apa-apa kesan dengan pelaksanaan itu.

“Memang tidak sesuai kalau kita (bukan Islam) pakai pakaian menjolok mata di tempat orang ramai, walaupun agama kami tidak melarangnya.

“Sekiranya JAHEAIK menegur bukan Islam supaya berpakaian sopan sekalipun kita terima kerana itu cara menegur orang bukan Islam dengan betul, asalkan ia tidak menyentuh soal agama kami, kami terima,” katanya kepada FMT.

Ahli Jawatankuasa Kerja PPCK Lee Hok Cheng berkata tindakan JAHEAIK itu dilihat sebagai usaha mendidik rakyat negeri cik siti wan kembang supaya menutup aurat dan berpakaian sopan.

“Secara peribadi saya tidak kisah (tindakan memberi kaunseling). Saya juga bersetuju sekiranya bukan Islam berpakaian sopan, sebab kalau terlampau mendedahkan aurat dia akan menjatuhkan imej masyarakat Cina Kelantan juga,” katanya.

Lim turut menjelaskan tidak ada sebarang aduan atau bantahan dibuat masyarakat bukan Islam berhubung tindakan JAHEAIK.

Minggu lalu, JAHEAIK menerusi ‘Ops Ramadan dan Aurat’ memberi kaunseling kepada wanita Islam yang dikesan tidak bertudung atau berpakaian ketat dan menjolok mata sepanjang Ramadan di negeri itu.

Mengulas mengenai bantahan yang dibuat Ketua Biro Undang-undang Pemuda MCA Ng Kian Nam berhubung tindakan JAHEAIK, Lim berkata pemimpin tersebut hanya mementingkan politik dan mahukan publisiti murahan saja.

Lim dalam masa sama turut berkongsi mengenai hubungan antara kuam di Kelantan, katanya masyarakat di sana hidup dalam keadaan harmoni.

“Hubungan masyarakat pelbagai kaum di Kelantan sangat erat, 100% erat, tidak ada masalah. Malah ia boleh dijadikan contoh kepada masyarakat majmuk di negeri lain,” katanya.

About tok anjang

Check Also

9 Petanda Anda Perlu Cari Pekerjaan Baharu?

Sekiranya anda seperti majoriti orang lain, mungkin anda lebih banyak luangkan masa di pejabat berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *