Home / Santai / Macam-macam / Walaupun kos naik, bayaran haji kekal RM9,980 seorang

Walaupun kos naik, bayaran haji kekal RM9,980 seorang

Lembaga Tabung Haji (TH) memutuskan untuk mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.

Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata, TH secara keseluruhannya sudah menanggung subsidi haji sebanyak RM125 juta pada tahun lepas dan menjangkakan angka itu meningkat kepada RM160 juta bagi musim haji tahun ini.

“Pada musim haji tahun lepas, TH telah menanggung sebanyak RM7,290 bagi seorang jemaah yang membolehkan bayaran itu kekal pada RM9,980 sedangkan kos haji meningkat kepada RM17,270 seorang,” katanya pada program tanggungjawab korporat tahunannya, Program Ehsan TH hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor turut menyifatkan bayaran haji RM9,980 yang dikekalkan sejak 2007 itu sebagai sumbangan utama program tanggungjawab korporatnya khususnya menerusi pemberian subsidi untuk para jemaah setiap tahun.

About tok anjang

Check Also

Peniaga tipu pengguna sejak azali, guna alasan GST – PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan pandangan yang menyasarkan pengguna sebagai punca kenaikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *