Home / Politik / Pakatan Harapan / Undi PAS adalah sia-sia, Pakatan Harapan lebih sesuai menang

Undi PAS adalah sia-sia, Pakatan Harapan lebih sesuai menang

Pakatan Harapan dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berdasarkan hasil tinjauan dalaman gabungan pembangkang itu.

Ketua Penerangan Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, hasil tinjauan itu juga memperlihatkan kedudukan PAS yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Amanah.

“Oleh itu, setiap undi untuk PAS adalah undi yang dipersia-siakan. Kerana tidak mungkin undi untuk PAS akan menyumbang ke arah mengalahkan Barisan Nasional,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah di sini.

Hasil tinjauan itu mendapati Amanah memperoleh 40 peratus sokongan pengundi, manakala Barisan Nasional, 52 peratus.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pengundi di kedua-dua kawasan digesa supaya menolak PAS secara total ekoran sikap parti Islam itu yang dilihat sering berbolak-balik dalam soal kerjasama dengan UMNO-BN.

“Kemenangan boleh tercapai jika semua undi pembangkang dapat diberikan kepada Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah,” ujarnya.

Penentuan pertemuan tiga penjuru antara calon Amanah, Azhar Abdul Shukur, calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi, dan calon PAS, Abdul Rani Othman akan berlangsung dua hari lagi.

Kerusi berkenaan kosong setelah penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *