Home / Ekonomi / Antarabangsa / Rakyat Malaysia akan dihalang masuk USA jika Donald Trump jadi Presiden

Rakyat Malaysia akan dihalang masuk USA jika Donald Trump jadi Presiden

Kemenangan calon presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan Donald Trump pada pilihan raya presiden November ini mungkin menyebabkan sehingga 10.2 juta orang termasuk rakyat Malaysia dihalang memasuki negara itu, menurut perkiraan CNN.

Ia susulan Trump mengulangi amarannya untuk menggantung kemasukan mereka yang berasal dari bahagian dunia yang “terbukti ada sejarah keganasan menentang Amerika Syarikat, Eropah dan sekutu kita”.

Menurut CNN, sebanyak 40 negara bakal mendapat kesan sekiranya larangan itu direalisasikan dengan kemenangan Trump.

Tahun lalu, Jabatan Negara AS mengeluarkan sebanyak 2,571,762 visa imigran kepada 40 negara ini.

Kerajaan AS juga menganggarkan seramai 7.5 juta pelancong daripada kumpulan negara ini melawat AS pada 2014.

Perkiraan CNN berdasarkan laporan tahunan dikeluarkan Jabatan Negara AS, yang turut menyenaraikan Malaysia di kalangan 12 negara yang dianggap sebagai tempat perlindungan pengganas.

Selain Malaysia, turut disenaraikan ialah Somalia, Mali, Libya, Mesir, Iraq, Lubnan, Filipina, Indonesia, Afghanistan, Pakistan and Yaman.

Semua 12 negara itu diberikan sebanyak 496,436 visa pelawat dan 74,283 visa imigran ke AS pada 2015.

About tok anjang

Check Also

Dasar Apharteid Tindas Muslim Di Myanmar

FRIKA Selatan pernah melaksanakan dasar apartheid yang mewujudkan zon larangan kepada orang kulit hitam, Israel …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *