Home / Ekonomi / Proton : Dengan model kereta baharu,dijangka pulih 2017
????????????????????????????????????

Proton : Dengan model kereta baharu,dijangka pulih 2017

Empat model baharu Proton yang bakal dikeluarkan tahun hadapan dijangka menarik perhatian pengguna domestik sekali gus membantu meningkatkan jualan syarikat kenderaan nasional tersebut bermula tahun kewangan 2017 dan seterusnya.

Firma Penyelidikan CIMB Equities Research berkata, model baharu tersebut yang dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2017 adalah Persona, Saga dan Ertiga iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang merupakan model bersama Proton-Suzuki.

Pelancaran model Perdana baharu semalam, belum mampu memberikan peningkatan ketara kepada pendapatan syarikat biarpun Proton menetapkan sasaran jualan sebanyak 3,000 buah bagi model terbabit.

“Sasaran jualan itu mampu dicapai memandangkan jumlah tempahan prapelancaran yang dicatatkan Proton amat memberangsangkan iaitu sebanyak 900 buah.

“Bagaimanapun angka itu jika mampu dicapai sekalipun, tidak akan memberikan peningkatan ketara kepada pendapatan syarikat kerana ia hanya mewakili tiga peratus daripada sasaran jualan keseluruhan Proton,” katanya dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata, Perdana generasi ke-4 yang baru dilancarkan itu akan memulihkan kembali keadaan syarikat selepas melalui tempoh yang sukar selain mendapat kembali kepercayaan para pelanggannya.

Ujarnya, Proton mempunyai kapasiti yang mencukupi dalam aliran tunai untuk mengeluarkan Proton Perdana termasuk sekiranya permintaan melebihi sasaran 3,000 buah kereta sehingga akhir tahun ini.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank turut positif de­ngan pelancaran Perdana baharu yang sebelum ini ditangguhkan sejak suku pertama 2016 akibat gangguan rantaian bekalan.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu turut berpendapat bahawa model tersebut tidak menyumbang secara material kepada Proton untuk kembali meraih keuntungan.

“Pemulihan Proton dijangka lebih bergantung kepada kejayaan model-model baharu yang akan datang iaitu Persona, saga dan MPV Ertiga yang boleh meningkatkan jualan sehingga 10,000 unit sebulan.

“Tambahan pula, penyatuan pengeluaran ke Tanjung Malim dalam tempoh 5 tahun akan terus meningkatkan kecekapan kos (Proton),” katanya.

About tok anjang

Check Also

Malaysia Sudah Perjelaskan Kepada USA Isu Tipu Perdagangan Bernilai Bilion USD

Putrajaya hari ini menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Malaysia antara negara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *