Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS tak mungkin menang, akan hilang 10000 undi! Dr Rani dicadang sertai parti PAN

PAS tak mungkin menang, akan hilang 10000 undi! Dr Rani dicadang sertai parti PAN

Ketika awal kempen pilihanraya kecil di sini dan Kuala Kangsar berlangsung, ramai pihak berpendapat bahawa pertandingan sengit akan berlangsung di antara parti PAS dan UMNO-Barisan Nasional.

Namun, menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, tanggapan berkenaan mula berubah pada minggu terakhir tempoh berkempen, dan didapati bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan memiliki kelebihan untuk menewaskan calon yang dipilih UMNO-BN, Budiman Mohd Zohdi.

Kedudukan calon PAS, Dr. Abdul Rani Osman kini dilihat jauh ketinggalan, justeru PRK kali ini bukan lagi soal PAS menentang BN, sebaliknya soal Pakatan Harapan menentang parti pemerintah itu, tambahnya.

“Malah saya pernah berkata bahawa PAS akan kehilangan lebih kurang 10 ribu undi.

“Sangat jelas bahawa PRK kali ini mungkin boleh dimenangi oleh calon Amanah, tetapi PAS tidak mungkin akan menang,” katanya dalam sesi ceramah di sini, semalam.

Mengulas mengenai kehadiran calon PAS, Dr Abdul Rani Osman di majlis buka puasa anjuran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Abdul Rani harus mengambil nasihat yang diutarakan Azmin.

Azmin dalam ucapannya di majlis itu mendoakan supaya Abdul Rani ‘terus maju untuk sama-sama dalam satu tekad melawan kezaliman di Putrajaya’.

“Apa yang Dr. Rani patut buat?” soal Kit Siang kepada hadirin sambil disambut dengan laungan ‘tarik diri’.

“Kalau mengikut Azmin kata, perbuatan yang seharusnya dilakukan beliau untuk mengakhiri kezaliman di Putrajaya adalah dengan mengundur diri,” jelasnya.

Pada masa sama, katanya, jika Abdul Rani bersedia untuk keluar dari PAS, DAP juga sedia untuk menerima beliau.

“Malah Amanah pun tentu akan terima, dan saya percaya PKR akan terima, dan kalau mahu masuk DAP, DAP pun akan mengalu-alukannya,” katanya sambil disahut dengan tepukan gemuruh hadirin.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *