Home / Politik / Pakatan Harapan / Letak sekali gambar Anwar Ibrahim baru orang tahu AMANAH parti pembangkang

Letak sekali gambar Anwar Ibrahim baru orang tahu AMANAH parti pembangkang

Berbaki dua hari tempoh berkempen, Pakatan Harapan terus mempergiatkan usaha memperkenalkan calon mereka yang bertanding pada PRK Kuala Kangsar bagi meraih hati pengundi.

Dalam tempoh berbaki itu juga HARAPAN melancarkan satu poster memaparkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Ahmad Termizi Ramli.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli langkah tersebut diambil kerana terdapat laporan bahawa ada pengundi parlimen Kuala Kangsar tidak tahu AMANAH sebahagian daripada pakatan pembangkang.

“Ada pengundi yang tidak sedar AMANAH adalah sebahagian dari pakatan pembangkang di mana mereka tidak mengikuti perkembangan politik secara dekat dan masih anggap PAS sebahagian dari kami.

“Sebab itu dalam tempoh berbaki ini kita masukkan identiti Anwar Ibrahim bersama calon AMANAH supaya pengundi yang tak tahu dan ragu-ragu AMANAH ini parti apa,” kata Rafizi dalam sidang medianya sebentar tadi.

Justeru, Rafizi berkata dengan adanya poster sedemikian beliau yakin pengundi akan lebih jelas bahawa AMANAH adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang

 

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *