Home / Politik / Pakatan Harapan / DAP makin terdesak, minta calon PAS tarik diri daripada Sungai Besar

DAP makin terdesak, minta calon PAS tarik diri daripada Sungai Besar

Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelihatan semakin terdesak apabila menggesa calon Pas, Dr. Abdul Rani Osman menarik diri daripada pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, Abdul Rani sepatutnya memberi laluan kepada calon PAN, Azhar Ab. Shukur untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut memperlekeh­kan keupayaan Pas dengan menjangka parti itu tidak berpeluang untuk memenangi PRK tersebut.

“Tiada seorang pun pemimpin Pas yang berani me­nyangkal atau menafikan ramalan saya bahawa Pas akan kehilangan kira-kira 10,000 undi berbanding apa yang dite­rima parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13),” katanya dalam teks ucapan yang disiarkan melalui laman blog beliau (http://blog.limkitsiang.com) hari ini.

Ucapan tersebut disampaikan Kit Siang dalam ceramah kempen PRK Parlimen Su­ngai Besar di Sungai Besar, dekat sini malam tadi.

Persiapan pakatan pembangkang dalam PRK Parlimen Sungai Besar agak kucar-kacir berikutan ke­engganan Pas dan PAN berkompromi bagi menentukan parti mana yang sepatutnya diletakkan melawan BN.

Kit Siang yakin PAN akan mengalu-alukan penyertaan Abdul Rani ke dalam parti itu malah, PKR dan DAP juga bersedia menerima pemimpin Pas tersebut.

“Abdul Rani merupakan orang yang baik tetapi Pas yang dipimpin Abdul Hadi bukanlah parti politik terbaik di Malaysia,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *