Home / Politik / Pakatan Harapan / DAP dan PKR perlu buang ego dan berunding dengan PAS jika mahu tawan Putrajaya?

DAP dan PKR perlu buang ego dan berunding dengan PAS jika mahu tawan Putrajaya?

PKR dan DAP perlu membuang ego dan kembali berunding dengan PAS bagi membentuk gabungan baharu sepertimana Pakatan Rakyat, sekiranya mereka mahu menguburkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, menurut seorang pemerhati politik.

“PKR dan DAP perlu melakukan rundingan dari hati ke hati dan sanggup berkompromi dengan PAS sekiranya tak mahu perkara ini berlaku (BN kekal memerintah).

“DAP perlu melenturkan sikap yang dilihat PAS sebagai agak keterlaluan untuk PAS terus menjalinkan hubungan dengan DAP,” kata penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau berkata, keterbukaan PAS untuk bekerjasama dengan Umno adalah disebabkan mereka mahukan parti Melayu itu menyokong perlaksanaan undang-undang hudud yang ingin dibawa parti itu kerana menyedari mereka tidak mempunyai kekuatan di Parlimen.

“PAS kini keseorangan dan bersekutu dengan parti Ikatan yang tak teruji, masih baru dan tidak ada kekuatan politik dari segi keahlian Parlimen.

“Bagi Umno pula kerjasama dengan PAS merupakan langkah terbaik menghalang Pakatan Harapan menjadi kuat dan berjaya memenangi PRU akan datang,” kata pensyarah kanan Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) itu.

 

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui partinya giat mendekati Umno atas dasar kepentingan Islam.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *