Home / Politik / Pakatan Harapan / Wan Azizah janji bagi resepi Bengkang Ubi Kayu kalau Calon PAN menang di Sungai Besar

Wan Azizah janji bagi resepi Bengkang Ubi Kayu kalau Calon PAN menang di Sungai Besar

Bertuahlah pengundi-pengundi Parlimen Sungai Besar. Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail berhasrat untuk berkongsi resepi mengenai cara-cara membuat kuih bengkang ubi kayu dengan masyarakat setempat di Sungai Besar.
Wan Azizah berkata beliau akan datang semula ke Sungai Besar untuk menunjukkan cara membuat kuih tersebut sekiranya calon PAN, Azhar Abdul Shukur menang dalam PRK yang diadakan pada 18 Jun ini. Kata beliau,

“Saya tak banyak masak, tapi saya tahu buat kuih bengkang ubi kayu jadi kalau menang saya akan balik dan tunjuk cara saya buat ubi kayu. Saya belajar buat kuih bengkang ni saya doktor gigi, tapi saya belajar buat kuih bengkang ni masa pergi New York masa tunggu menantu saya nak bersalin saya bukan pandai masak.

Kalau pergi mana-mana pun boleh buat kuih ni sebab dia boleh beli. Kuih bengkang berasal dari ubi yang telah diparut dan diluar negeri kuih ni dipanggil ‘baked cassava’. Yang penting bagi menang dulu calon kita dan saya janji akan tunjukkan sendiri cara untuk buat kuih bengkang ini.”

Wan Azizah turut menjelaskan ia merupakan janji beliau seandainya calon PAN berjaya merampas kerusi Barisan Nasional di Sungai Besar. Untung ler orang Sungai Besar selepas ini. Kalau PAN menang PRK Sungai Besar. Presiden PKR Wan Azizah akan memberi sumbangan resepi kuih bengkang. Jika PAN menang juga, Rakyat akan dapat sawi percuma dan dapat melihat wakil rakyat dua kali sebulan. Mana nak dapat ‘offer’ ni.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=3DR3XDcMhPA

About tok anjang

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *