Home / Politik / Pakatan Harapan / Lim Guan Eng makin sakit hati dengan kerjasama UMNO dan PAS?

Lim Guan Eng makin sakit hati dengan kerjasama UMNO dan PAS?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui bahawa kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Selangor dan Perak bertambah kuat.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, UMNO dan BN bertambah kuat di Selangor dan Perak berikutan sokongan yang diterima daripada PAS.

“Jelas sekali, BN begitu yakin akan menang di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

“Kekuatan UMNO bertambah selepas kerjasama mereka dengan PAS serta sokongan 14 Ahli Parlimen PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PRK Kuala Kangsar kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas dengan BN diwakili oleh Datin Mastura Mohd Yazid.

PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd. Zohdi, calon PAS dan calon PAN.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mendesak PAS berundur daripada bertanding dalam kedua-dua PRK terbabit.

PAS bagaimanapun enggan mengalah dan meminta Pakatan Harapan yang berundur jika pembangkang mahu mengelakkan pertandingan sesama mereka.

Situasi itu menimbulkan suasana tegang antara pimpinan Pakatan Harapan dan PAS yang sememangnya saling berdendam akibat perpecahan Pakatan Rakyat pada tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang berikutan perbalahan berhubung beberapa isu akidah Islam.

Sebuah parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh beberapa bekas peminpin PAS bagi menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.

Pemimpin PAN terbabit meninggalkan PAS selepas kecewa disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu pada tahun lalu selain terlalu taksub dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *