Home / Politik / Barisan Nasional / Tiada sebab nak naikkan GST jika BN menang

Tiada sebab nak naikkan GST jika BN menang

Dakwaan bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman bahawa kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan daripada 6% kepada 8% jika BN menang dua pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini tidak masuk akal.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata tidak ada sebab kerajaan mahu menaikkan kadar GST hanya kerana memenangi pilihan raya.

“Cerita naikkan GST ini oleh pembangkang, kita tak pernah layan sebab kita tak pernah berhasrat nak naikkan GST,” katanya kepada pemberita di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Hamidah bahawa pengundi Kuala Kangsar akan berdepan kenaikan GST sebanyak 2% jika BN menang.

Bercakap di wacana Selamatkan Malaysia bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Hamidah berkata kemenangan BN akan dilihat seperti rakyat menyokong GST.

Mengulas lanjut, Husni berkata pembangkang hanya mahu menanam rasa benci kepada kerajaan.

“Kalau kita tengok dari sejarah dalam politik apa yang pembangkang ada untuk diuar-uarkan bagi mendapatkan sokongan selain membangkitkan rasa benci rakyat kepada kerajaan, itu motif dia.

“Apa sahaja yang dilakukan kerajaan mendapat bangkangan dari mereka. Dulu kita buat Lebuhraya Utara-Selatan tak dibangkitkan? Kita buat Putrajaya, KLIA, Menara Berkembar Petronas tak dibangkitkan semua oleh mereka? Tapi apa yang berlaku sekarang?” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *