Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS boleh mula gigit jari, Azmin Ali dan PKR berpihak kepada PAN

PAS boleh mula gigit jari, Azmin Ali dan PKR berpihak kepada PAN

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun hari ini membantu jentera Amanah pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, menurut kenyataan PKR hari ini.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Akin berkata menteri besar Selangor itu mempunyai jadual padat sepanjang Ramadan mengiringi Sultan Selangor bertemu rakyat.

“Walau bagaimanapun beliau tetap komited dalam mencari ruang serta mengendalikan masa dalam mengimbangi tugas rasmi beliau sebagai seorang pentadbir tertinggi negeri dan juga sebagai pimpinan utama Pakatan Harapan,” kata Shamsul.

Azmin dijangka akan ke Sungai Besar pada hari ini, dan pada hari Jumaat, 17 Jun. Beliau akan ke Kuala Kangsar pada Khamis, 16 Jun.

Sebelum ini, ketiadaan Azmin sepanjang kempen PRK Sungai Besar menjadi tanda tanya banyak pihak.

Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata ketiadaan Azmin seolah-olah mengesahkan menteri besar itu tidak merestui calon parti yang mewakili Pakatan Harapan itu.

Pakatan Harapan diwakili Azhar Abdul Shukur dari Amanah, yang akan menentang calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Semalam PKR berkata Azmin terikat dengan komitmen tugas sebagai menteri besar dan kehadirannya sedang diuruskan.

Iskandar menjangka kehadiran Azmin “akan memperkukuh semangat dan gerak kerja jentera pilihan raya”.

“Justeru, saya tegaskan Keadilan tetap komited untuk memastikan kemenangan kedua-dua calon Pakatan Harapan yang bertanding di Sungai Besar,” katanya.WhatsApp-Image-20160605 (1)

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *