Home / Politik / Pakatan Harapan / PAN semakin kemaruk kuasa di Selangor, mengaku mereka setara dengan PAS dalam kerajaan Selangor

PAN semakin kemaruk kuasa di Selangor, mengaku mereka setara dengan PAS dalam kerajaan Selangor

PAN mendakwa mempunyai hak yang sama seperti PAS untuk bersuara bagi kerajaan negeri Selangor.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, parti itu berhak bersuara memandangkan ia adalah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai lebih ramai ADUN berbanding PAS.

“Kita cukup berhak untuk bercakap bagi pihak kerajaan negeri Selangor.”

“Kerajaan Selangor didominasi 29 ADUN Pakatan Harapan, manakala PAS hanya 13 kerusi,” kata Khalid dalam sidang media di pejabat PAN Sungai Besar hari ini.

Sehubungan itu, beliau hairan dengan kenyataan EXCO PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad kononnya PAN tidak ada hak untuk berbuat demikian.

Tegasnya, jika apa yang dikatakannya tidak tepat, pastinya ia akan disanggah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, Iskandar berkata, PAN tidak berhak bersuara mewakili kerajaan negeri Selangor kerana parti itu baru ditubuhkan tahun lalu, manakala PAs telah bersama kerajaan negeri itu sejak 2008 dan Azmin sendiri menyatakan kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat.

PAN ditubuhkan pada September 2015, selepas beberapa pemimpin tertinggi PAS ditolak penyokong parti Islam itu pada pemilihan parti.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *