Home / Politik / Ops Aurat: Melayu DAP tunjuk pandai bidas Jabatan Agama Islam Kelantan
KOTA BHARU 08 JUNE 2016. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh (kanan) bersama anggota penguatkuasa yang akan menyertai operasi pada majlis pelancaran operasi puasa dan aurat di pejabat JAHEAIK, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

Ops Aurat: Melayu DAP tunjuk pandai bidas Jabatan Agama Islam Kelantan

Anak muda Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis DAP, Edry Faizal membidas penguatkuasaan Ops Ramadan dan Aurat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang didakwa tidak syumul dan berat sebelah.

Edry yang merupakan ahli jawatankuasa Sosial Muda DAP (DAPSY) berkata, Islam bersifat syumul dalam setiap aspek dan tidak terhad dalam bulan tertentu khususnya Ramadan.

“Penguatkuasaan sekarang seolah-olah berat sebelah, sebab hanya menjurus kepada golongan wanita. Tidak pernah kita dengar golongan lelaki dikuatkuasakan menundukkan pandangan,” katanya kepada portal rasmi parti rasis dan cauvinis itu.

Minggu lepas, JAHEAIK melancarkan operasi puasa dan aurat bertujuan mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan.

Ketika pelancaran, slogan “Aurat Ku Maruah Ku” dan “Aurat dijaga maruah terpelihara, jom kita menutup aurat” diperkenalkan.

Ramai pihak menyambut baik usaha murni ini kerana ia adalah satu langkah mendisiplinkan masyarakat dengan ajaran agama.

Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dalam kenyataannya sebelum ini berkata operasi itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri ini mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.

“Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah aurat serta perbuatan tidak sopan adalah peringkat didikan serta nasihat manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan,” katanya.

Beliau juga berkata, operasi itu akan berterusan pada bulan Ramadan serta waktu operasi adalah pada waktu 11 pagi sehingga 5 petang serta akan bertindak pada waktu malam jika mendapat sebarang maklumat.

Katanya, mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan manakala bagi Seksyen 26 iaitu tidak berpuasa di bulan Ramadan akan dikenakan denda RM500 serta penjara tiga bulan atau RM1,000.

“Seramai 89 anggota di seluruh negeri ini akan dikerahkan dan kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan operasi ini berjalan lancar,” katanya.

About tok anjang

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *