Home / Politik / Pakatan Harapan / Mahathir dan Kit Siang kata saya tak reti Islam – Hadi

Mahathir dan Kit Siang kata saya tak reti Islam – Hadi

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak arif mengenai hukum Islam dan menyifatkan Presiden PAS itu tidak layak bercakap mengenai hukum agama berkenaan.

Hadi berkata, tuduhan sama dilemparkan keatasnya oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Terpulang kepada saudara dan saudari nak belajar agama dengan saya atau nak belajar agama dengan Lim Kit Siang… tapi Kit Siang kata saya tak reti Islam. Tun Mahathir juga kata saya tak reti Islam. Saya mengaji (belajar) bab Islam. Tun Mahathir mengaji bab perubatan.

“Bukannya saya nak hina dia (Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca hal-hal Islam ini. Sepatutnya dia bacalah,” katanya dalam ceramah di Sekinchan, malam tadi.

Jelas Abdul Hadi, malang bagi Mahathir kerana dipenghujung usianya masih tidak arif mengenai hukum Islam dengan sempurna.

“Bacalah (belajarlah). Kita orang Islam kalau tak baca (mengenai) Islam, nanti umur 90 tahun tak baligh lagi. Sangat malang,” katanya.

Bercakap mengenai usul pindaan rang undang-undang (RUU) Akta 355 yang meningkatkan kuasa mahkamah syariah, Hadi berkata ianya bertujuan untuk menunjukkan keadilan mahkamah dan undang-undang Islam.

“Parti bukan Islam khususnya DAP mereka takut sekiranya syariat Islam dilaksanakan, pengikut mereka masuk Islam. Kita tak paksa mereka masuk Islam.

“Ini (pindaan akta 355) hak kita, itu (memilih agama) hak mereka. Mereka akan saksikan keadilan mahkamah Islam, keadilan undang-undang Islam. Ini sebenarnya (kita mahu lakukan).

“Tetapi mereka bermain kata-kata (berpolitik),” ujarnya lagi.

About tok anjang

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *