Home / Politik / Pakatan Harapan / Tun M akui pembangkang tidak akan menang mana-mana pilihanraya?

Tun M akui pembangkang tidak akan menang mana-mana pilihanraya?

pkr_amanah_mahathir_meet_tamrin_ghafar_tmipic_290216Pembangkang tidak mungkin dapat memenangi mana-mana pilihan raya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian lantaran pakatan pembangkang tidak punyai keutuhan dalam pakatan mereka, lapor New Strait Times hari ini.

“Mereka (parti-parti pembangkang) tidak boleh bersatu. Satu-satunya alasan mengapa BN boleh menang semua pilihan raya sehingga kini gara-gara pakatan pembangkang tidak pernah bersatu.

“Pilihan raya negeri di Sarawak baru-baru ini, contohnya, mereka (pembangkang) kalah. Mereka tidak boleh bersepakat maka mereka akan tetap kalah manakala BN akan tetap menang,” katanya memetik laporan itu.

Mahathir menambah atas sebab itu juga parti-parti pembangkang akan tewas dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kenyataan itu menyusuli surat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembangkang supaya berwaspada dalam urusan mereka dengan Mahathir.

Surat yang diutus dari penjara itu juga menggesa ahli-ahli PKR supaya melihat semula objektif Deklarasi Rakyat yang dikepalai Mahathir.

“Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru Deklarasi Rakyat.

“Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat.

“Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan Deklarasi Rakyat; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita.

“Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah,” tulis Anwar dalam suratnya.

Ahad lalu sebelum terdedahnya surat Anwar ke pengetahuan awam, Mahathir memberi peringatan kepada parti-parti pembangkang supaya tidak pecah undi kelompok anti-BN.

Beliau yakin pertandingan satu lawan satu merupakan satu-satunya cara untuk menewaskan BN dalam pilihan raya kecil akan datang.

“Walau siapa pun yang lawan, hanya satu parti sahaja yang perlu lawan BN sebab kita tahu kalau ada dua atau tiga calon (pembangkang) seperti yang berlaku di Sarawak, undi akan pecah dan BN akan menang.”

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *