Home / Ekonomi / Tauke Cina dalang penarikan arahan pembekuan pekerja asing?

Tauke Cina dalang penarikan arahan pembekuan pekerja asing?

pekrja_kilang_warga_asing

Keputusan Jemaah Menteri menarik balik arahan pembekuan pengambilan pekerja asing melibatkan sektor pembinaan, perkilangan, perladangan dan pembuatan perabot dibantah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS).

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, keputusan Jemaah Menteri yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu demi menjaga kepentingan tauke Cina.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan keputusan Jemaah Menteri setelah didesak MCA bagi memastikan sektor yang didominasi oleh kaum Cina tidak terjejas dengan arahan pembekuan pengambilan pekerja asing.

“IKHLAS tidak setuju dengan keputusan Jemaah Menteri, malah ia dilakukan adalah semata untuk kepentingan politik menteri tersebut untuk menekan kerajaan,” kata Ridzuan kepada FMT.

Presiden IKHLAS mendakwa 80% daripada kilang-kilang dalam sektor-sektor terbabit dimonopoli oleh kaum Cina yang merayu kepada MCA supaya kerajaan menarik balik arahan pembekuan itu.

Tiong Lai merupakan Presiden MCA.

“Tindakan Liow Tiong Lai membawa usul itu kepada Jemaah Menteri juga adalah untuk menjaga kepentingan kroni Cina ditambah pula MCA sekarang ini ketagih sokongan orang Cina. Saya harap Jemaah Menteri tidak tertipu dengan agenda ini,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Tiong Lai berkata, Jemaah Menteri menarik balik arahan pembekuan pengambilan pekerja asing terhadap empat sektor selepas menerima rayuan daripada industri pembinaan, perkilangan, perladangan dan pembuatan perabot yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

Ridzuan dalam masa sama berkata, sekiranya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing, nama baik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan buruk.

“Kalau benda ini berlarutan, imej KDN akan rosak, imej Datuk Seri Zahid selaku Menteri Dalam Negeri akan jatuh malah sokong politik kepada BN juga akan terjejas,” katanya.

Sebelum ini menuju hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak, penganalisis Prof Hoo Ke Ping meramalkan golongan jutawan dan peniaga Cina tempatan akan beralih menyokong BN “demi mata pencarian” lantaran berdepan ekonomi yang tidak menentu.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/13/tarik-balik-pembekuan-pekerja-asing-untuk-jaga-tauke-cina-ikhlas/

About Ahmad Karim

Check Also

Pembelian Boeing Bukan Guna Duit Rakyat, Bukan Perkara Baharu

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pembelian pesawat penumpang Boeing oleh Malaysia Airlines …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *