Home / Santai / Macam-macam / Siapa lagi calon PM “Team B” kalau bukan Mukhriz?

Siapa lagi calon PM “Team B” kalau bukan Mukhriz?

 

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad ekoran kenyataan mendakwa beliau mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mukhriz, beliau menyangkal dakwaan Tengku Sariffuddin menuduh beliau mengganggotai gerakan kempen menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya memberikan jawatan tersebut kepadanya beberapa tahun kemudian.

“Jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun,” kata Mukhriz.

mukhriz_mahathir_0410

Anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu kini bergiat aktif di dalam ‘Team B’ UMNO menggerakkan kempen Selamatkan Malaysia bersama Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Empat tokoh ini meletakkan ‘initial’ masing-masing dalam logo kempen mereka – MM (Mahathir Mohamad), MY (Muhyiddin Yassin), MSA (Mohamad Shafie Apdal) dan MM (Mukhriz Mahathir) – sebagai simbolik kepada kewujudan Team B UMNO.

Dan mengikut logik percaturan empat pemimpin itu, Muhyiddin nyata tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri ekoran usianya kini sebaya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 69 tahun.

Menurut pandangan Dr Mahathir, usia sebegitu lanjut tidak melayakkan seseorang itu diangkat sebagai Perdana Menteri lantas menyingkirkan nama Muhyiddin bagi jawatan tersebut.

Dari segi kelayakan, Shafie lebih layak diangkat sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin dalam Team B ini, tambahan pula beliau juga mendapat undi kedua tertinggi bagi jawatan Naib Presiden UMNO selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, diikuti dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tetapi Shafie tidak begitu popular berbanding Najib dan sekiranya kedua mereka diletakkan bersebelahan dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO, Shafie dijangka akan kalah dengan mudah.

Dr Mahathir sudah tentu tidak akan diangkat sebagai Perdana Menteri ekoran beliau sudah meletakkan jawatan pada 2009 dan beliau juga sudah melepaskan jawatan dalam UMNO maka kelayakan tersebut terbatal secara automatik.

Yang tinggal kini hanya satu nama MM – Mukhriz Mahathir.

Mukhriz akan berumur 54 pada tahun 2018 dan jika beliau cuba merebut  jawatan Timbalan Presiden pada umur itu, cabar jawatan Presiden pada pemilihan yang berikutnya, anggaran umur Mukhriz ketika itu baru mencecah 57 hingga 59 tahun sahaja.

Mungkin kerana itulah Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, memandang Mukhriz sebagai calon paling sesuai untuk ditonjolkan Mahathir sebagai ‘bakal’ Perdana Menteri jika usahanya menjatuhkan Najib berhasil.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *