Home / Politik / Barisan Nasional / Sarawak ada kuasa mutlak!

Sarawak ada kuasa mutlak!

Larangan kemasukan pemimpin tertentu ke Sarawak adalah kuasa mutlak kerajaan negeri Sarawak dan ia harus dihormati semua pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kuasa itu tidak harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana tujuan utamanya ialah menjaga kepentingan rakyat di negeri ini.

“Itu kuasa mutlak yang diberikan kepada kerajaan negeri Sarawak dan ia merupakan budi bicara mereka.

“Saya percaya kerajaan negeri Sarawak ada pertimbangan tertentu yang pentingnya ia tidak mahu suasana politik di sini dikeruhkan dengan ucapan-ucapan mungkin menyentuh perasaan dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet persekutuan di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ini adalah kali pertama mesyuarat jemaah menteri persekutuan di Kuching dan kali terakhir mesyuarat diadakan di luar Kuala Lumpur ialah pada 2011 di Kuantan.

Najib menegaskan, semua pihak mesti menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan negeri Sarawak dan hakikatnya proses demokrasi masih berjalan.

“Sebabnya, kalau kita mementingkan soal rakyat Sarawak, maka ketentuan harus dibuat oleh rakyat Sarawak sendiri termasuk pemimpin-pemimpin mereka.

“Itulah merupakan kayu pengukur muktamad, bukan orang dari luar tetapi orang Sarawak sendiri harus menentukan siapa patut berkempen untuk mereka dan lain-lain lagi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata pembangkang tidak boleh menjadikan kedatangan menteri-menteri persekutuan ke Sarawak khasnya ketika musim Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) sekarang sebagai isu atau modal berkempen.

“Saya ingin mengingatkan pemimpin mereka (pembangkang) seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dia tidak ada bidang kuasa di luar Pulau Pinang tetapi dia berada di sini, bererti tujuan dia berada di sini adalah untuk berkempen semata-mata.

7-Sarawak-Borneo-Kuching-waterfront2mesyuarat di luar Putrajaya dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi setiap anggota menteri memang mempunyai bidang tanggungjawab kementerian masing-masing di setiap negeri.

Menurutnya di samping bermesyuarat setiap menteri dapat melihat dengan dekat kerja-kerja, mengetahui masalah dihadapi rakyat berkaitan dengan kementeriannya dan keberkesanan dasar-dasar serta projek-projek telah diluluskan kerajaan.

“Jemaah menteri yang hadir juga berpeluang membuat tinjauan berhubung keadaan setempat. Ini berbeza dengan kehadiran pemimpin pembangkang,” ujarnya.

– The Borneo Post

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *