Home / Santai / Macam-macam / “Rasul Melayu” sudah bertaubat?

“Rasul Melayu” sudah bertaubat?

rasul2Bekas pemimpin ajaran difatwakan sesat Abdul Kahar Ahmad akhirnya melafazkan taubat kerana mendakwa diri sebagai seorang rasul.

Dalam lafaz taubat yang diedarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Kahar antaranya memohon ampun kepada Allah atas kedustaannya.

“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.

Kahar disabitkan bersalah atas lima pertuduhan bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir sebelum hukuman pemenjaraan tamat.

Program itu dibangunkan di bangunan bahagian rawatan dan pemilihan dadah (RPD) di penjara Kajang bermula 2 Mac 2015.

Sesi pemantauan Kahar dilakukan dua minggu sekali sehingga Disember 2015 sebelum dipantau sepenuhnya setelah diparol.

Dalam majlis istitatabah di Kuang, Selangor, Kahar turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam.
Beliau juga menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar selain berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah ‘Rasul Melayu’.

Setiausaha MAIS Datuk Bakhtiar Hussin antara yang menjadi saksi acara itu.

About Ahmad Karim

Check Also

9 Petanda Anda Perlu Cari Pekerjaan Baharu?

Sekiranya anda seperti majoriti orang lain, mungkin anda lebih banyak luangkan masa di pejabat berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *