Home / Politik / Barisan Nasional / PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar cecah kos RM2.7j

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar cecah kos RM2.7j

PRK-Sungai-Besar-Kuala-Kangsar
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun ini, bakal membabitkan perbelanjaan RM2.7 juta.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata PRK Kuala Kangsar akan menggunakan Daftar Pemilih yang dikemas kini sehingga 7 Mei 2016, membabitkan 32,949 pemilih berdaftar manakala Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar menjadi Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
“Bagi PRK Sungai Besar, Daftar Pemilih digunakan adalah yang dikemas kini sehingga 6 Mei 2016 dengan 42,655 pemilih berdaftar. Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Mohd Hashim berkata, seramai 594 petugas pilihan raya bakal mengendalikan proses PRK Kuala Kangsar, manakala 928 petugas di PRK Sungai Besar.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 14 Jun.
Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas menewaskan calon PAS dan Bebas, manakala Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar selepas mengalahkan calon PAS. – BH

About Ahmad Karim

Check Also

‘Penutupan Sementara Kedai 1Malaysia Untuk Penambahbaikan’

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penutupan sementara Kedai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *