Home / Politik / Barisan Nasional / PRK Sg Besar & Kuala Kangsar: Undi Cina tidak akan dapat kepada PAS
2015-12-10 Nga Kor Ming at the MCMC office in Ipoh. - Pic by Wong Tuck Keong.

PRK Sg Besar & Kuala Kangsar: Undi Cina tidak akan dapat kepada PAS

lim-guan-eng (1)DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, jadi mereka tidak akan menyokong parti Islam itu.

Bagaimanapun menurutnya, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengenai PRK itu.

“Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing,” katanya kepada pemberita pada persidangan DUN hari ini.

Lim bagaimanapun enggan mengulas jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Sabtu lalu.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon pula jatuh pada 5 Jun dan hari pengundian awal pada 14 Jun nanti.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *