Home / Politik / PAS / Politik PAS tidak dapat diterima oleh rakyat Sarawak

Politik PAS tidak dapat diterima oleh rakyat Sarawak

Penganalisis politik menjangkakan PAS akan berdepan laluan sukar bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, walaupun hanya untuk mendapatkan satu kerusi.

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata ini disebabkan rakyat Sarawak pasti akan menolak PAS yang membawa perjuangan Islam di negeri itu.

“PAS akan ditolak kerana akar umbi mereka tidak kuat dan PAS juga terpaksa bersaing dengan AMANAH. Jadi kerusi yang ditandingi PAS akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang,” katanya.

Dr Azizuddin berkata BN juga dijangka menang mudah di semua 11 kerusi yang ditandingi PAS memandangkan ‘mood’ rakyat Sarawak lebih meyakini parti tempatan berbanding parti dari Semenanjung.

pas sarawak

“Pengundi Sarawak juga mahu parti tempatan, bukannya nasional (dari Semenanjung). Mereka juga akan menolak politik Islam PAS pada masa ini,” katanya kepada FMT.

Mengulas penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti dalam Pakatan Harapan dan PAS, Dr Azizuddin berkata blok pembangkang dari Semenanjung sukar menambat hati apatah lagi untuk mentadbir negeri bumi Kenyalang itu.

“Pakatan Harapan dan PAS sepatutnya membentuk parti tempatan di Sarawak yang boleh bergabung dengan mereka di peringkat nasional.

“Orang Sarawak selalu suspicious (curiga) dengan orang luar dan parti luar, itu sebab parti luar (dari Semenanjung) sukar mendapat tempat. UMNO sendiri pun tidak masuk ke Sarawak,” katanya.

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *