Home / Politik / Pakatan Harapan / PKR Pulau Pinang dah muak dengan Lim Guan Eng

PKR Pulau Pinang dah muak dengan Lim Guan Eng

5-adunNampaknya krisis di antara DAP dan PKR di Pulau Pinang tidak akan berakhir apabila lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang tidak bersependapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap dengan pendirian mereka berhubung isu projek penambakan laut.

Meskipun ditekan oleh Guan Eng agar mengubah pendirian mereka tetap tidak berganjak dengan keputusan mereka yang memutuskan untuk berkecuali berhubung usul oleh UMNO mengenai projek penambakan laut pada sidang DUN Pulau Pinang pada November yang lalu.

Wakil-wakil rakyat PKR itu terdiri daripada ADUN Bukit Tengah Ong Chin Wen, ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin, ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon, ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng dan ADUN Batu Uban Dr T Jayabalan.

Kemuncak kepada ketegangan semasa mesyuarat pra-majlis antara Guan Eng dengan 30 ADUN Pakatan Harapan di pejabat Komtar tingkat 28 ketika membincangkan isu kontroversi tersebut yang berlangsung selama dua jam.

Menurut sumber mendakwa, lima ADUN PKR itu diberi kata dua sama ada patuh dengan kehendak kerajaan negeri atau dilabel sebagai bertanggung jawab atas pepecahan Pakatan Harapan di Pulau Pinang.

Mereka juga berisiko dikeluarkan daripada menjadi sebahagian kerajaan negeri Pulau Pinang.

Namun, apa yang jelas kelima-lima ADUN PKR itu tidak berganjak dari pendirian mereka.

Mereka sebelum ini mendakwa memilih untuk berkecuali menentang usul UMNO itu atas dasar ‘mengikut suara hati’ kerana ia melibatkan isu alam sekitar yang rumit.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mula bimbang dengan pendirian lima ADUN ini meminta mereka supaya terus menyokong dasar-dasar kerajaan negeri.

Katanya adalah penting bagi wakil rakyat penyokong kerajaan memainkan peranan dalam menyokong dasar-dasar kerajaan negeri.

“Yang pasti mereka dibenarkan untuk menyuarakan kebimbangan mereka dan jika mereka betul, forum yang terbaik untuk mereka berbincang adalah ‘dewan’ (Dewan Undangan Negeri),” kata Azmin di Sungai Besar pada Khamis.

ADUN Pulau Betong daripada Barisan Nasional, Muhammad Farid Saad dijangka membentangkan usul terhadap projek itu pada persidangan yang akan datang dan terdapat kemungkinan besar lima wakil PKR akan menyokongnya.

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *