Home / Santai / Macam-macam / Pembelaan “hanya berjenaka” kes hina orang Islam!

Pembelaan “hanya berjenaka” kes hina orang Islam!

alvinleeVivian Lee, bekas teman wanita blogger Alvin Tan, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini lelaki itu memuat naik gambar berserta kapsyen yang mempersenda umat Islam hanya untuk berjenaka dan melihat reaksi masyarakat.

Vivian Lee atau Lee May Ling, 27, berkata Tan memberitahunya sedemikian selepas dia (Tan) menyunting gambar berserta kapsyen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising (Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Wangi, Enak dan Menyelerakan).

Lee berkata Tan kemudian memuat naik gambar berserta kapsyen itu ke laman Facebook miliknya tanpa mendapat kebenaran daripadanya terlebih dulu walaupun Lee merupakan pentadbir bersama akaun Facebook berkenaan.

Dia berkata pada mulanya, Tan enggan memadam atau menukar kapsyen itu tetapi selepas menerima kecaman dan penghinaan pelbagai kaum dan masyarakat, Tan menulis kapsyen baharu iaitu ‘Ampunkanlah kami’ ‘Selamat berbuka puasa dengan rendang ayam’.

“Kapsyen baharu itu digantikan selepas melihat sentimen negatif daripada masyarakat yang boleh menimbulkan kemarahan. Kapsyen itu diharap dapat memperbetulkan dan menjadikan keadaan lebih baik,” katanya.

alvinlee1

Ketika pemeriksaan utama peguamnya Chong Joo Tian semasa membela diri di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud, Lee berkata dia dan Tan bergaduh berikutan tindakannya memuat naik gambar berkenaan.

Katanya, Tan turut menolaknya ketika cuba mengambil komputer riba milik Tan.

“Kami bergaduh. Saya rasa sedih, tidak gembira dan marah dengan tindakan Tan. Saya suruh dia padam semuanya namun Tan enggan dan memberitahu itu hanya untuk jenaka dan mahu melihat reaksi masyarakat,” katanya.

Dalam keterangannya, Lee berkata gambar itu diambil secara ‘selfie’ di sebuah kedai makan di Jalan Ipoh pada 10 Julai 2013.

Lee, saksi tunggal pembelaan, berkata demikian dalam perbicaraan kesnya dan Alvin atau Tan Jye Yee yang didakwa menyiarkan gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen yang mempersenda umat Islam.

About Ahmad Karim

Check Also

9 Petanda Anda Perlu Cari Pekerjaan Baharu?

Sekiranya anda seperti majoriti orang lain, mungkin anda lebih banyak luangkan masa di pejabat berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *