Home / Politik / Pakatan Harapan / Pembangkang dilema antara taat perintah Mahathir atau kesetiaan Anwarinas

Pembangkang dilema antara taat perintah Mahathir atau kesetiaan Anwarinas

zaidmahathirHubungan erat beberapa pemimpin PKR bersama Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Kempen Anti-Najib (ANC) jelas tidak disenangi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini menimbulkan dilema dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan yang tersepit antara kesetiaan terhadap Anwar dan komitmen mereka dalam gerakan Deklarasi Rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar juga tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang disokong Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali untuk memberi laluan mudah kepada PAS meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar menentang Barisan Nasional (BN) tanpa kehadiran calon Pakatan Harapan.

“Anwar Ibrahim walaubagaimanapun tidak bersetuju. Beliau tidak bersetuju beberapa pemimpin Pakatan Harapan terlalu rapat dengan Mahathir,” kata Raja Petra Kamaruddin.

“Kempen ‘Selamatkan Malaysia’ sepatutnya memasukkan kempen ‘Bebaskan Anwar’. Mahathir, walaubagaimanapun tidak bersetuju, maka kempen ‘Selamatkan Malaysia tidak menyertakan kempen ‘Bebaskan Anwar’,” katanya di Malaysia Today.

Hal itu, kata Raja Petra juga menjadi punca mengapa Presiden parti yang juga isteri kepada Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan ANC dan kempen Selamatkan Malaysia.

“Azmin dan ahli Pakatan Harapan lain seperti DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara) tidak mempunyai masalah samaada kebebasan Anwar dimasukkan ke dalam kempen tersebut atau tidak,” katanya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pula menyifatkan Azmin telah membelakangi Anwar dan kini berpihak kepada Dr Mahathir yang diangkat sebagai ketua de facto baru pembangkang.

“Jadi Rafizi melakukan perbincangan dengan orangnya untuk melancarkan kempen menyingkirkan Azmin.

“Rafizi juga merupakan dalang dalam kempen menyingkirkan (bekas Menteri Besar Selangor) Khalid Ibrahim atau dikenali sebagai Langkah Kajang. Maka beliau mempunyai pengalaman untuk mengusir Menteri Besar Selangor,” kata blogger itu lagi.

Juga berdepan dilema, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang bersetuju meletakkan Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi baru pembangkang namun beliau sependapat dengan Anwar yang tidak bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir memberi laluan mudah kepada PAS pada dua PRK akan datang.

“Beliau (Guan Eng) mahu Mat Sabu dari Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya tersebut walaupun akan mengakibatkan pertandingan tiga atau empat penjuru dan Barisan Nasional akan menang kerusi tersebut,” katanya lagi.

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *