Home / Politik / PAS / PAS tiada kaitan dengan “Selamatkan Malaysia” Tun M

PAS tiada kaitan dengan “Selamatkan Malaysia” Tun M

PAS menegaskan bahawa partinya tiada kaitan dengan kempen Selamatkan Malaysia teraju Tn Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, partinya juga tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran kempen tersebut termasuk yang akan diadakan di Kelantan hari ini.

“Kami tidak akan hantar wakil hadir program ini kerana langsung tiada kaitan dengan Pas. Bagaimanapun, Pas tidak menghalang sekiranya terdapat ahli yang ingin menyertainya.

“Sesiapa yang hadir pada siri jelajah tersebut termasuk ahli Pas, kita tidak halang tetapi diharapkan tidak ada sebarang kekecohan dicetuskan oleh pihak terbabit,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

PAS, sejak bergerak solo selepas berundur dari Pakatan Rakyat, tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang gerakan yang dianggotai oleh DAP dan PKR.

Walaubagaimanapun, ahli PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta bekas Naib Presiden parti, Datuk Husam Musa mengingkari arahan parti dengan terus menyokong kempen teraju Dr Mahathir bersama DAP dan PKR.

Husam memaklumkan Siri Jelajah Selamatkan Malaysia di Kelantan akan diadakan diTunjong Banquets, Bandar Baru Tunjong yang akan dihadiri sendiri oleh Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Azmin Ali dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

MUKTAMAR_PAS_61ST_060615_TMINAZIRSUFARI_31

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *