Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS tak kebulur gabung dengan DAP dan PAN, ajak PKR masuk Blok Ketiga

PAS tak kebulur gabung dengan DAP dan PAN, ajak PKR masuk Blok Ketiga

Pelawaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa PAS bergabung dalam Pakatan Harapan bersama seteru, DAP dan AMANAH ditolak pimpinan parti Islam itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penolakan ini adalah selari dengan keputusan yang telah dicapai dalam Muktamar PAS sebelum ini.

“Untuk bergabung dengan DAP dan AMANAH tidak mungkin. Kita tidak boleh belakangkan keputusan yang telah dibuat.

“Cuma kita masih kekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan PKR,” katanya kepada FMT.

 

Sebelum ini Azmin berharap PAS dan AMANAH dapat bergerak bersama PKR dan DAP bagi menghadapi PRU14 sebagai satu pasukan.

Kenyataan Mohamed Azmin dibuat susulan kekalahan PKR, DAP dan AMANAH dalam PRN Sarawak dan menyaksikan pertelingkahan antara PKR dan DAP di beberapa kerusi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS lebih berminat jika PKR dapat menyertai Blok Ketiga yang ditubuhkan parti Islam itu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Menurut Tuan Ibrahim, tawarannya adalah lebih rasional memandangkan keputusan PRN Sarawak baru-baru ini memperlihatkan penolakan pengundi terhadap DAP.

“Kita mengalu-alukan sekiranya PKR ingin bersama dalam Blog Ketiga. Saya fikir, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak itu boleh dijadikan ukuran bahawa keperluan wujudkan Blog Ketiga,” katanya.

Daripada 31 kerusi yang ditandingi DAP, parti itu hanya menang 7 kerusi dan kehilangan 5 kerusi dalam pegangannya.

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *