Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS : Luka dalam kami masih belum sembuh,penawarnya bukan ubat satu malam

PAS : Luka dalam kami masih belum sembuh,penawarnya bukan ubat satu malam

Nik-Mohamad-Abduh_pas_600Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh memberi gambaran yang barangkali menjelaskan kebuntuan Pakatan Harapan dan PAS bersepakat untuk satu lawan satu menentang BN pada pilihan raya kecil akan datang.

Beliau menyebut ketidakfahaman dan ego menjadi dua penentu yang mengagalkan rundingan antara PH dan parti Melayu-Islam kedua terbesar itu.

“Sesiapa pun boleh berkata, tutuplah cerita lama. Tetapi, adat berkawan, adat berunding, hormati tuan hak sebelum tunjuk belang.

“Kalau masing-masing nak tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan,” tulisnya dalam satu catatan di Facebook malam tadi.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun tidak menghuraikan kenyataannya dengan lebih lanjut, namun kepimpinan semasa PAS, PKR dan DAP – dua komponen utama Pakatan Harapan – mulai bertelagah tanpa selindung sejak operasi Langkah Kajang dua tahun lalu.

Kepimpinan semasa AMANAH – komponen ketiga PH – pula terdiri daripada kumpulan pimpinan PAS yang meninggalkan parti Islam itu.

“Luka dalam kami masih belum sembuh,” tulis Nik Abduh, “Penawarnya bukan ubat satu malam. Saya hormati luka dalam Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Kenyataan Nik Abduh menyusuli kata muktamad presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang mengumumkan pintu rundingan antara PAS dan PH telah tertutup; PAS akan menurunkan calon dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar seraya membuka medan kepada pertembungan tiga penjuru dengan PH dan BN.

Sebelum itu, AMANAH menyatakan bahawa PH juga mahu bertanding, dan mesyuarat antara komponen yang telah atau sedang berlangsung membincangkan parti mana yang akan bertanding dan siapa calon mereka.

“PAS kekal bertanding di kedua-dua kawasan dalam PRK kali ini,” tegas Nik Abduh, “Hormati kami jika kami menolak rundingan ‘mee segera’ yang sekadar untuk memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi PRU13.”

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *