Home / Politik / PAS / PAS beri amaran: PKR, DAP dan AMANAH jangan nak masuk campur!

PAS beri amaran: PKR, DAP dan AMANAH jangan nak masuk campur!

Pas mengingatkan DAP, PKR dan PAN supaya tidak meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar jika sekadar untuk menguji soko­ngan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua kerusi tersebut merupakan kerusi tradisi Pas dan mereka akan mempertahankan dua kerusi Parlimen tersebut.

“Pas akan bertempur habis-habisan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi Pas dan oleh kerana itu, Pas telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau semalam.

Sehubungan itu, katanya, Pas berharap tiada parti pembangkang lain yang akan meletakkan calon mereka sekadar untuk menguji sokongan.

“Sesungguhnya, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan medan sesiapa dalam pakatan pembangkang untuk tunjuk hebat sehingga ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’, melainkan ada yang memang bercita-cita sedemikian,” katanya.

Kedua-dua kerusi tersebut kosong berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Menurut Tuan Ibrahim, pertembungan antara blok pembangkang dalam kedua-dua PRK tersebut hanya akan memberi kele­bihan kepada Barisan Nasio­nal (BN) untuk memenangi kerusi Parlimen.

“Sebarang tindakan daripada mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon bermakna mereka memberi tongkat kepada BN. 
“Pemimpin blok pembangkang perlu sedar pertembungan sama blok pembangkang hanya akan membenarkan bidalan ‘yang kalah jadi abu, menang jadi arang’,” katanya.

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *