Home / Politik / Pakatan Harapan / PAS bakal ditendang keluar dari Selangor kalau masih keras kepala

PAS bakal ditendang keluar dari Selangor kalau masih keras kepala

Azmin_Hadi_AwangMUKTAMAR_PAS_61ST_040615_TMINAZIRSUFARI_19Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata exco PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan Isnin depan jika parti Islam itu tetap berkeras dengan keputusan untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.

Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.

Perkara itu diputuskan kepimpinan tertinggi PAS pada mesyuarat tergempar di rumah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu lewat tengah malam semalam.

“Presiden kami berpegang kepada keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam PRK itu,” kata akhbar harian berkenaan memetik sumber PAS Selangor berkenaan.

Hadi juga mengarahkan tiga exco iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak meletakkan jawatan tetapi sebaliknya bersedia untuk disingkirkan daripada kerajaan Selangor.

Dalam rundingan dengan PAS berhubung PRK Sungai Besar, Azmin dikatakan memberi jaminannya beliau akan bercakap kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH, untuk tidak bertanding di PRK Kuala Kangsar bagi membolehkan PAS bertemu satu lawan satu dengan BN.

Azmin juga menjanjikan kerusi Parlimen Sabak Bernam akan diberi kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang, selepas partinya tewas di situ pada 2013.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 18 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *