Home / Politik / PAS / PAS anggap bekerjasama dengan Tun M sebagai bekerja untuk beliau

PAS anggap bekerjasama dengan Tun M sebagai bekerja untuk beliau

pkr_amanah_mahathir_meet_tamrin_ghafar_tmipic_290216

Kerjasama pemimpin pembangkang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Deklarasi Rakyat sebenarnya tidak memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan tetapi hanya memberi keuntungan kepada bekas Perdana Menteri semata-mata.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan pemimimpin pembangkang tersebut sebagai bekerja untuk Dr Mahathir bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagi kami, mereka yang bersama Dr. Mahathir sebenarnya bekerja untuk beliau. Hakikatnya, mereka menyokong usaha Mahathir mempertahankan UMNO sebab agenda beliau ialah demi survival UMNO, bukan demi rakyat.

“Bagi kita, kalau Najib kekal, UMNO lebih mudah dijatuhkan,” katanya di sini, semalam.

Kerjasama pemimpin pembangkang dan Dr Mahathir dalam deklarasi rakyat mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan mereka sendiri yang tidak merestui hubungan tersebut.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak bersetuju dengan penglibatan pemimpin partinya bersama Dr Mahathir yang disifakan beliau mempunyai agenda tersembunyi.

Anwar menerusi surat lapan halaman kepada pemimpin PKR meminta agar pemimpin pembangkang berwaspada dengan helah bekas Perdana Menteri itu dan tidak terlalu taksub dengan Deklarasi Rakyat pimpinan Dr Mahathir.

mD

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *