Home / Politik / Barisan Nasional / Nga Kor Ming terpaksa minta maaf kerana fitnah

Nga Kor Ming terpaksa minta maaf kerana fitnah

FB-Nga-Kor-Ming-Fitnah-Rosmah-600x360

 

Saman fitnah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke atas Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berjaya diselesaikan di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Di bawah syarat penyelesaian itu, Nga perlu membuat kenyataan di laman Facebook menyatakan rasa kesalnya kerana mendakwa bahawa Rosmah telah mempengerusikan mesyuarat kabinet, dan menarik balik kenyataan itu.

Posting itu perlu diterbitkan dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Kenyataan Nga antara lain, perlu berbunyi, “Saya difahamkan bahawa gambar yang dirujuk itu sebenarnya dirakamkan di China apabila perdana menteri membuat persiapan untuk kembali ke Malaysia setelah dimaklumkan mengenai pemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan oleh itu saya kesal bahawa gambar itu telah disalah tafsir dan diambil di luar konteks.

“Saya dengan ini menarik balik komen yang dikaitkan dengan gambar tersebut dan saya berjanji untuk tidak menyiarkannya semula pada masa hadapan.”
Kenyataan itu dibacakan oleh peguam Nga, Alex Tan, untuk tujuan merekodkan persetujuan penghakiman.

Tidak ada perintah mengenai kos.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *