Home / Politik / Barisan Nasional / Nama Tun M tidak dapat sambutan di Sarawak?

Nama Tun M tidak dapat sambutan di Sarawak?

Di semenanjung Malaysia, Tun Dr Mahahtir dilihat sebagai ikon politik ditambah lagi dengan popularitinya menjadi pemangkin kepada mana-mana gerakan seperti kempen ‘Selamatkan Malaysia’ yang bergabung tenaga bersama pembangkang.

Sebaliknya di Sarawak, Dr Mahathir kurang mendapat sambutan dan hanya menjadi modal pembangkang dalam kempen memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Akhbar tempatan melaporkan bahawa nama bekas Perdana Menteri itu menjadi buah mulut pembangkang terutama dalam ceramah DAP dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Mahathir semakin uzur 17 March 2011

“Mereka tidak mengambi Dr Mahathir dengan serius. Malah, ramai (dari DAP) gembira dengan idea beliau (Dr Mahathir) kini sebahagian daripada kempen mereka menentang BN,” kata seorang pemerhati lapor akhbar tersebut.

Terdapat juga khabar angin bahawa Dr Mahathir akan hadir ke Sarawak pada hari-hari terakhir kempen PRN Sarawak namun rakyat Sarawak dilihat tidak kisah akan ketampakan ikon Semenanjung di wilayah Borneo itu.

Ianya disebabkan sikap hipokrasi bekas Perdana Menteri itu sewaktu era pentadbirannya sepertimana yang ditunjukkan dalam risalah DAP semasa kempen kali ini.

Ditambah lagi dengan sentimen rakyat Sarawak yang jelas tidak gemar akan Dr Mahathir sejak pentadbiran Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri lagi.

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *