Home / Politik / Pakatan Harapan / Nama Taman Manggis panas di DUN Pulau Pinang

Nama Taman Manggis panas di DUN Pulau Pinang

manggis

Isu tanah Taman Manggis mencetuskan kekecohan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Jumaat.

Tindakan Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo sewaktu sesi soal jawab menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid sebagai penghasut yang menyebabkan ‘flash mob’ di Taman Manggis pada 25 Mac lalu telah dibantah dan dinafikan Jahara.

Isu itu timbul apabila Jagdeep menjawab soalan bertulis Jahara mengenai rancangan kerajaan negeri pimpinan DAP sama ada bercadang membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di tanah Taman Manggis.

Jagdeep dalam jawapannya bagaimanapun menuduh Jahara berbohong kepada rakyat bahawa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis telah ditolak oleh mesyuarat exco pada 28 Mac 2007 yang turut dihadiri Jahara.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Jahara tidak mendedahkan kepada orang ramai bahawa beliau berada dalam mesyuarat sewaktu keputusan dibuat.

Jahara bagaimanapun menegaskan bahawa beliau mengingati keputusan-keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu.

Keengganan Jagdeep yang juga Ahli DUN DAP Datuk Keramat untuk menarik balik kenyataannya menyebabkan Jahara terus berdiri mendesak Jagdeep supaya berbuat demikian.

Jagdeep yang kemudiannya membuat penjelasan setelah diminta Speaker Datuk Law Choo Kiang bagaimanapun mendakwa pula bahawa apa yang telah dikatakan Jahara di stesen TV pada 24 Mac lalu telah menghasut orang ramai untuk membantah.

Tindakan itu terus mencetuskan kekecohan sehinggalah Choo Kiang terpaksa mengarahkan kedua-dua wakil rakyat duduk serta-merta dan menggesa ahli-ahli DUN lain tidak beremosi.

Pada 25 Mac lalu, sekumpulan NGO Melayu disokong parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan telah menyertai bantahan di Taman Manggis mengutuk kerajaan negeri pimpinan DAP kerana menjual tanah yang telah dirancang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *