Home / Santai / Macam-macam / Logik Kit Siang : DAP rasis boleh, Melayu rasis haram

Logik Kit Siang : DAP rasis boleh, Melayu rasis haram

TELUKINTANPASARPAGI_200514_TMIAFIF_010_kitsiang_dyana_540_360_100

Penasihat DAP Lim Kit Siang dibidas kerana mempertahankan ahli DAP, Hew Kuan Yaw yang membuat kenyataan perkauman sewaktu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, minggu lepas.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jason Teoh berkata, tindakan Kit Siang mempertahankan Kuan Yaw seolah-olah memberi gambaran seperti DAP menyokong kenyataan perkauman yang dimainkan ahli parti itu.

“Adakah Kit Siang sudah merendahkan definisi perkauman maka Hew boleh mengkritik Melayu sebagai kaum yang mengamalkan rasuah?” kata Jason dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan rasis Kuan Yaw menerusi sebuah video yang viral di media sosial meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang mengundi calon Melayu DAP supaya calon tersebut dapat menjahanamkan ‘puak Melayu’.

Ujar Jason, DAP perlu menjawab mengapa hanya wakil rakyat Melayu sahaja dan bukannya wakil rakyat Cina yang boleh ‘menjahanamkan ahli politik Melayu yang mengamalkan rasuah’.

Katanya, kenyataan berat sebelah ini memberi signal kepada Kit Siang untuk beliau melepaskan jawatan dalam politik dan memberi laluan kepada calon yang lebih berwibawa.

“Sekiranya kenyataan seumpama ini dikeluarkan oleh pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos atau Mohd Ali Baharom (Ali Tinju), Kit Siang tentunya meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh mendesak jawatankuasa disiplin DAP untuk memecat ahli DAP itu.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan itu dari mulutnya. Beliau melontarkan kenyataan berbaur perkauman, seksis dan kenyataan keras.

“Sewaktu kempen Pilihan Raya Sarawak, beliau melakukannya lagi dengan kata-kata sangat kasar.

“Mereka (DAP) merupakan parti yang berbilang kaum hanya pada nama sahaja tetapi mereka menyemarakkan semangat perkauman dalam kebanyakan icapan mereka terutama sewaktu mereka berucap kepada masyarakat Cina,” kata Sivarrajh lagi.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *