Home / Politik / Pakatan Harapan / Lim Guan Eng sakit hati dengan Hj Hadi?

Lim Guan Eng sakit hati dengan Hj Hadi?

Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tidak bersetuju masyarakat Cina mentadbir Sarawak mendapat reaksi negatif dariapada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng nyata berang dengan Hadi dan menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu sebagai kenyataan anto bukan Islam.

“Hadi secara terang anti bukan-Islam bila dia katakan bumiputera bukan Islam dan Cina tidak boleh jadi pemimpin di Sabah dan Sarawak yang mesti diperintah oleh bumiputera muslim.

“Kenapa bmiputera muslim tidak layak untuk jawatan tertinggi Ketua Menteri Sarawak hanya kerana mereka bukan Muslim? Jelas bumiputera bukan-muslim mempunyai hati lebih terbuka dan semangat Malaysia lebih dariapada Hadi apabila mereka boleh menerima bumiputera Muslim seperti Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri mereka,” katanya.

Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa PAS ‘tidak menghalakan’ bukan Islam serta parti DAP memerintah Sarawak.

“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” kata Hadi.

hadi1

Ujar Guan Eng, kenyataan Hadi yang amat menyakitkan ini disebabkan oleh Presiden PAS itu menjalin hubungan dengan Barisan Nasional (BN).

Soalnya, mengapa Hadi menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mendapatkan sokongan sekiranya parti itu tidak menerima pemimpin dari kaum lain untuk memimpin mereka.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *