Home / Politik / PAS / Lawan 3 penjuru dalam PRK? PAS tiada masalah

Lawan 3 penjuru dalam PRK? PAS tiada masalah

PAS bertegas untuk tidak akan memberi laluan mudah kepada Pakatan Harapan untuk meletakkan calonnnya di Parlimen Sungai Besar sekiranya berlaku PIlihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Parlimen Sungai Besar merupakan kawasan tradisi PAS dan partinya tidak akan berkompromi untuk menyerahkan kawasan tersebut kepada parti pembangkang Pakatan Harapan.

“Itu (kawasan Parlimen Sungai Besar) adalah kawasan tradisi kita bertanding. Kita telah bertapak di situ sejak 1950-an lagi. Kita pernah menang di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum 1999,” katanya.

Parlimen Sungai Besar dimenangi Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon selama tiga penggal berturut-turut sejak 2004.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Allahyarhamah Noriah mengalahkan calon PAS Mohamed Salleh Husin dengan keputusan 18,695 berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berbanding 18,296 (PAS).

passs

Kerusi tersebut secara tradisinya dicabar oleh PAS namun setelah PAS bertindak untuk bergerak secara solo dan tidak menyertai Pakatan Harapan, PRK parlimen tersebut dijangka akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN-PAS-Pakatan Harapan.

“Kita akan tetap bertanding di kerusi Parlimen itu. Itu kerusi kita tandingi sejak sekian lama. Kita tidak akan tarik diri,” ujar Iskandar.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dalam pada itu menyatakan akan berbincang bersama Parti Amanah Negara (Amanah) serta DAP untuk meletakkan calon di kawasan berkenaan.

“Kita (PKR) akan bincang (dengan DAP dan Amanah),” kata Azmin.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *