Home / Santai / Macam-macam / Kit Histeria dijual RM8750 lambang pemikiran rakyat mundur dan kolot?

Kit Histeria dijual RM8750 lambang pemikiran rakyat mundur dan kolot?

histeria2Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kit anti histeria sebagai mengarut dan lambang pemikiran masyarakat mundur.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, rakyat Malaysia sepatutnya lebih saintifik, inovatif dan moden, bukannya kekal sebagai sebuah masyarakat yang berpegang kepada kepercayaan karut.

“Kita perlu menjadi sebuah masyarakat saintifik bukannya masyarakat berasaskan khurafat. Kita mahu pemuda-pemuda kita menghasilkan sesuatu yang baru, bukannya benda seperti kit anti histeria,” katanya selepas melancarkan Program Jom Belajar Koding (JBK) anjuran Biro Profesional Muda UMNO hari ini.

Khairy berkata, penghasilan kit anti histeria menunjukkan ada di kalangan rakyat negara ini yang masih terlalu fokus kepada perbuatan khurafat merepek.

“Kita kena fokus kepada saintifik seiring perkembangan semasa dan terkini,” katanya.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dilapor melancarkan kit anti histeria pada 30 April lalu untuk mengubat serangan histeria yang kerap berlaku di sekolah berasrama atau universiti.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr Mahyuddin Ismail dilaporkan sebagai berkata, kit itu dihasilkan selepas kajian selama lima tahun dan mengikut kaedah Pusat Rawatan Al-Manarah, Rawang yang merawat pesakit histeria dan rasukan.

Jelasnya, kit yang dijual pada harga RM8,750 sekotak itu mengandungi empat bahan, iaitu kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang dibacakan ayat al-Quran.

Menurutnya, kit itu telah menjalani percubaan di 11 sekolah di seluruh negara dengan semua pesakit histeria berjaya disembuhkan.

About Ahmad Karim

Check Also

9 Petanda Anda Perlu Cari Pekerjaan Baharu?

Sekiranya anda seperti majoriti orang lain, mungkin anda lebih banyak luangkan masa di pejabat berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *