Home / Politik / Pakatan Harapan / Kerajaan Selangor tak prihatin kesihatan rakyat?

Kerajaan Selangor tak prihatin kesihatan rakyat?

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, kesal dengan sikap kerajaan PKR Selangor yang mementingkan politik berbanding memastikan kualiti kesihatan penduduk di negeri itu terjamin.

Ia berikutan tindakan pemimpin yang dipilih kerajaan PKR Selangor yang tidak dapat membezakan keperluan kesihatan berkualiti untuk penduduk di Kampung Padang Jawa berbanding dengan fahaman politik mereka.

Katanya, apabila pentadbiran negeri diambil alih PKR, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dipilih kerajaan PKR Selangor mengarahkan pengurusan dan operasi Klinik Desa Padang Jawa, di sini, mengosongkan ruang yang ditumpangi di pejabat JKKK kawasan itu dengan alasan mahu membina dewan.

Sebelum itu, operasi klinik berkenaan terpaksa menumpang di pejabat JKKK berkenaan selepas bangunan kayu yang dibina pada tahun 1970-an sudah usang dan reput dimakan anai-anai. Beliau berkata, ekoran arahan itu, operasi klinik desa itu terpaksa dipindahkan ke Klinik Kesihatan di Bukit Kuda, Klang manakala sehingga kini tiada dewan dibina di tapak berkenaan.

lim-kit-siang_dap_pas_selangor_600

“Sebagai pemimpin, yang mana lebih penting? Berkhidmat kepada rakyat atau membaiki balai JKKK? Apa salahnya memberi tumpang sehingga selesai. Dah siap klinik, balai JKKK nak bina baharu pun tak mengapa. “Tetapi, mengapa pihak pengurusan klinik ini diarah pindah. Bukankah ini membuktikan dasar kerajaan negeri tidak memberikan keutamaan kepada rakyat untuk memberikan perkhidmatan dalam bidang kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Klinik Desa Padang Jawa yang dinaiktaraf dengan kos RM518,000, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Noh turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM20,000 bagi penyelenggaraan sistem saluran perparitan di klinik itu. Noh berkata, prihatin dengan masalah itu, Kerajaan Persekutuan mengeluarkan peruntukan berkenaan untuk membina semula klinik desa itu di tapak asal dan ia siap pada September 2015 dengan menggunakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri (IBS).

“Kesihatan ini cukup penting, sebab itu Kerajaan Persekutuan memberikan penekanan kepada kesihatan dengan mewujudkan klinik 1Malaysia kerana kita tahu betapa pentingnya menjaga kesihatan. “Di Selangor, terdapat beberapa klinik baharu dibina antaranya di Tanjong Karang serta sebuah hospital di Shah Alam,” katanya.

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *