Home / Ekonomi / Kecualikan sewa: MARA teruskan agenda bantu peniaga bumiputera

Kecualikan sewa: MARA teruskan agenda bantu peniaga bumiputera

MARA_DIGITAL_MALL_301215_TMINAZIRSUFARI_02_

Pusat teknologi maklumat (IT) Mara Digital yang akan dibuka di negeri lain turut akan menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan seperti Mara Digital di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu sejajar perancangan awal penubuhan Mara Digital.

“Kita dah putuskan Mara Digital di negeri lain pun kita akan beri sewa percuma untuk enam bulan. Sama juga di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall di Damansara,” katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Peniaga di Pusat IT Mara Digital yang terletak di Menara Mara Kuala Lumpur telah diberikan pengecualian bayaran sewa selama enam bulan sejak Disember 2015.

Jumaat lalu, Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata, peniaga terbabit dikehendaki membayar sewa mulai bulan depan kerana kementeriannya telah memberi pengecualian sewa maksimum selama enam bulan kepada mereka.

Sementara itu, Ismail Sabri menjangkakan Mara Digital di Anggerik Mall, Shah Alam akan dibuka sebelum hujung bulan depan.

“Cadangan awal kita sebelum puasa, tetapi baru-baru ini ada masalah kebocoran sedikit (akibat) ribut dan kita terpaksa tunda. Kita cuba buka sebelum akhir Jun.

“Sebelum raya, kalau peniaga berminat buka sebelum raya. Namun ketika itu orang lebih fokus beli baju daripada telefon. Mungkin kita kena tengok dari segi kesesuaian masa,” katanya.

Pada Disember 2015, Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata, Mara Digital akan diperluaskan ke setiap ibu negeri bermula tahun ini.

Jelasnya, usaha itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT.

Selain Anggerik Mall dan Glomac Mall, Mara Digital juga dirancang dibuka di Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

About Ahmad Karim

Check Also

Malaysia Sudah Perjelaskan Kepada USA Isu Tipu Perdagangan Bernilai Bilion USD

Putrajaya hari ini menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Malaysia antara negara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *