Home / Ekonomi / Jika DAP telus : PKR harus jadi ketua PAC di Pulau Pinang

Jika DAP telus : PKR harus jadi ketua PAC di Pulau Pinang

lim_guan_eng_1

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Pulau Pinang harus dipengerusikan oleh parti bukan DAP demi memastikan ketelusan, gesa seorang anggota jawatankuasa itu.

Langkah ini perlu diambil supaya siasatan keatas projek RM6.3 bilion terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang berjalan ketika ini tidak dianggap berat sebelah.

“PAC sepatutnya membentangkan laporannya dalam sidang Dewan ini,” kata Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang merupakan salah seorang anggota PAC negeri.

Beliau merujuk kepada laporan yang gagal dibentangkan dalam dewan legislatif negeri itu buat kali kedua.

“Adalah mustahak isu terowong dasar laut ini diteliti,” katanya semasa membahaskan usul terima kasih ucapan Yang di-Pertua Negeri di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Farid berkata apabila isu ini menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan apabila wakil rakyat PKR – sekutu DAP dalam satu perikatan – juga tidak berpuas hati dengan kegagalan laporan itu.

“Sepatutnya seorang wakil rakyat PKR dilantik sebagai pengerusi PAC untuk meneliti projek ini,” katanya.

Pengerusi PAC negeri ketika ini merupakan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan dari DAP.

Selain daripada Tanasekharan dan Farid, ia juga dianggotai oleh Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Dr T Jayabalan (PKR-Batu Uban), Mohd Salleh Man (PAS-Permatang Pasir), Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh), Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) dan Shah Headan Ayoob Hussain (BN-Teluk Bahang).

Semalam di dalam Dewan, Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) membidas PAC kerana gagal membentangkan laporan siasatannya walaupun diarah berbuat demikian enam bulan lepas.

“RM130 juta telah dibayar sebelum projek itu dilaksanakan atau disiapkan. Kemudian kamu kata: ‘Tunggu, ada Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) pula!’.

“DEIA sepatutnya siap 16 April, dan laporan PAC masih tak siap,” kata Kah Peng.

Beliau berkata ADUN menghadapi kesukaran untuk menjelaskan isu terowong dasar laut ini tanpa laporan daripada PAC.

About Ahmad Karim

Check Also

Kerugian BNM: Siapa Yang Betul? Mahathir, Anwar Atau Tan Sri Zeti

Seramai 25 saksi telah memberi keterangan disamping 42 dokumen ditampilkan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *