Home / Politik / Pakatan Harapan / Ego DAP tercalar, PAS tidak akan tunduk untuk serah kerusi PRK

Ego DAP tercalar, PAS tidak akan tunduk untuk serah kerusi PRK

passsPAS menegaskan parti Islam itu tidak akan sesekali tunduk dengan mana-mana pihak termasuk DAP dalam meletakkan calonnya di PRK Sungai Besar.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS tetap akan bertanding dalam PKR itu dan menyarankan PH tidak masuk campur.

“PAS setuju satu lawan satu. PH tak perlu masuk bertanding. Nak serah kerusi PAS kepada AMANAH tak mungkin,” katanya di laman Facebooknya.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut desakan DAP yang menggesa PAS menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar untuk ditandingi AMANAH dalam PRK, 18 Jun depan.

Tuan Ibrahim berkata PH sepatutnya mengambil pengajaran daripada sikap mementingkan diri DAP pada PRN di Sarawak yang menyaksikan pertembungan dengan PKR.

“Kalau DAP Sarawak pun tak boleh kompromi dengan PKR masa PRN lalu, tak mungkin PAS nak bagi kerusi PAS.

“Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai PAS, mereka tidak perlu ganggu dan perlu sokong demi negara dan rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menggesa PAS supaya tidak berdegil dan menerima tawaran PH untuk bertanding pada PRK di Kuala Kangsar sebagai pertukaran melepaskan kerusi di Sungai Besar dan membiarkan AMANAH bertanding di situ.

Nga berkata ia demi kepentingan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN di kedua-dua kerusi yang dipertandingkan pada 18 Jun ini.

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *