Home / Politik / Barisan Nasional / Duit melayang demi kejar jawatan YB

Duit melayang demi kejar jawatan YB

 

Deposit terkumpul sebanyak RM310,000 yang dipertaruhkan 62 calon pembangkang dan Bebas melayang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, calon Bebas paling ramai kehilangan deposit mereka iaitu seramai 17 orang.

deposit

Ia diikuti calon Parti Reformasi Negeri (STAR) dan PKR masing-masing 10 orang, AMANAH sembilan calon, DAP tujuh calon, PAS lima calon dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) empat orang.

Setiap calon yang bertanding pada pilihan raya peringkat DUN wajib memberi deposit sebanyak RM5,000 dan tambahan RM3,000 sebagai deposit bahan kempen pada hari penamaan calon.

Mereka akan kehilangan wang deposit RM5,000 jika gagal mendapat 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon bertanding dalam pilihan raya itu.

Peraturan membayar deposit itu bertujuan menghalang individu yang tidak serius atau mempunyai agenda tertentu mengambil bahagian dalam sesuatu pilihan raya.

About Ahmad Karim

Check Also

‘Penutupan Sementara Kedai 1Malaysia Untuk Penambahbaikan’

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata penutupan sementara Kedai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *