Home / Politik / Barisan Nasional / Besar sungguh impian UMNO Selangor

Besar sungguh impian UMNO Selangor

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 akan dijadikan contoh kepada BN negeri untuk merampas semula pentadbiran daripada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, strategi dan pe­rancangan yang dilaksanakan dalam PRN Sarawak Ke-11 mungkin boleh dipraktikkan di Selangor.

“Kemenangan cemerlang BN Sarawak akan menjadi contoh terbaik kepada BN Selangor untuk mengembalikan pentadbiran kepada BN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BN mencapai kejayaan besar dalam PRN Sarawak Ke-11 semalam apabila menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DSC_1420_1500-e1414822631277

Kemenangan besar melebihi majoriti dua pertiga dianggap tamparan hebat kepada parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan Pas.

Noh menambah, BN Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dan semua calon yang berjaya memenangi kerusi ditandingi.

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *