Home / Santai / Macam-macam / Apa lagi yang diharapkan dengan Pakatan Harapan yang tidak sepakat?

Apa lagi yang diharapkan dengan Pakatan Harapan yang tidak sepakat?

 

Daripada kronologi kemelut pertindihan kerusi yang berlaku diantara parti-parti komponen PH, jelas menunjukkan PKR sebenarnya yang bersalah.

Kerana, sudah ada persetujuan di peringkat awal bahawa senarai pada 7 April 2016 telah dipersetujui ‘secara prinsipnya’. Walaupun ia bukan muktamad, tetapi PKR TIDAK memberi kata muktamadnya sehingga ke malam terakhir sebelum penamaan calon.

Bagaimana komponen PH yang lain boleh menerima sikap PKR tersebut?

Anwar Ibrahim menyatakan masih ada ruang untuk rundingan, tetapi ia tidak dimenafaatkan oleh PKR untuk melakukan rundingan dengan DAP. Yang ada hanyalah hujjah-hujjah dari kartel yang “recalcitrant” di dalam PKR yang mahu pertandingan 3 penjuru diteruskan.

gaduh3

Lagi teruk, Wan Azizah kelihatan tidak bermaya, tidak mampu untuk merungkai kemelut yang berlaku. Malah di dalam banyak keadaan, beliau bersama dengan anaknya Nurul Izzah mempertahankan Azmin. Itu bukan cara yang betul untuk menjadi orang tengah.

Itu sebab mengapa, Dato Zaid Ibrahim menyarankan agar DAP melupakan PKR, sebaliknya perkukuhkan hubungan dengan AMANAH. Walaupun dengan dua parti sahaja, ia lebih baik dari mempunyai rakan seperti PKR, yang menikam rakan dari belakang seperti yang dilakukan PAS terhadap Pakatan Rakyat.
Jangan risau, dengan kucar kacir dan ego Pakatan Harapan, rakyat Sarawak akan membenamkan Pakatan Harapan kali ini!

Umum melihat sememangnya dengan salah PKR, ego DAP dan kecelaruan AMANAH yang tiada hala tuju di dalam PRN kali ini, Pakatan Harapan hanya sibuk mengejar kuasa dan bukannya mahu menjaga rakyat Sarawak.

About Ahmad Karim

Check Also

Sembang Kencang Pasal Demokrasi Tapi Parti DAP Sendiri Tak Berani Nak Amalkan

Baru-baru ini tiga anggota DAP menghantar memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendesak parti DAP …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *