Home / Politik / Pakatan Harapan / Angan-angan Mat Sabu makin besar untuk PRK

Angan-angan Mat Sabu makin besar untuk PRK

mat sabu (1)Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tidak berlaku pertembungan calon pakatan pembangkang atau Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat dan DAP, pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presidennya Mohamad Sabu berkata calon pakatan itu akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadual dalam tempoh terdekat.

“Kami perlu tunggu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, sesiapa sahaja boleh menjadi calon.

“Amanah akan memastikan agar tidak berlaku pertindihan calon seperti apa yang berlaku di Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *