Home / Politik / Barisan Nasional / ANALISA 5 KERUSI DUN DAP YANG BERJAYA DIRAMPAS OLEH BN DI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE-11 2016

ANALISA 5 KERUSI DUN DAP YANG BERJAYA DIRAMPAS OLEH BN DI PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK KE-11 2016

12qw

  1. Keputusan undian di kawasan bandar utama di Sarawak menunjukkan bahawa berlakunya peralihan mendadak sokongan pengundi dari Parti DAP kepada Barisan Nasional (BN). Kadar 10% peralihan undi dan ke atas adalah benar-benar mengejutkan Parti Pembangkang mahupun BN.

 

  1. Walaupun Team MY Scandal telah turun ke 11 DUN bermula pada Disember 2015 sehingga Februari 2016. Kajian di lapangan mendapati bahawa BN bakal tumpas dengan mudah di tangan DAP di bandar-bandar utama seperti di Miri dan Lanang.

 

  1. Ini kerana sesi Ground Work di kawasan semi bandar dan pedalaman mendedahkan bahawa Parti DAP dan PKR telah memperhebatkan jentera pilihanraya mereka sejak Jun 2015 lagi. Pelbagai program telah diaturkan dengan menjemput pemimpin-pemimpin mereka dari Semenanjung untuk menyampaikan ceramah kepada penduduk setempat.

 

  1. Ini berbeza dengan jentera BN yang seolah-olah tidur lena dan mereka ini hanya berfungsi setelah proses penamaan calon telah dilakukan. Kegelisahan ini ternyata meleset apabila keputusan rasmi PRN-11 Sarawak ini dikeluarkan.

 

  1. Namun apa yang dikesali, DAP dan PKR telah menggunakan taktik keji dengan menyebarkan berita-berita palsu berkaitan skandal 1MDB dan GST. Mereka mendakwa bahawa bantuan seperti projek e-Kasih dan BR1M bakal dihentikan kerana kelemahan kerajaan dalam menangani 2 isu utama tersebut. Ini jelas mendatangkan kebimbangan kepada penduduk Sarawak yang banyak bergantung kepada bantuan jenis ini.

 

  1. Pendekatan melampaui batas mereka juga seperti ucapan yang berbau fitnah serta bersifat maki hamun terhadap pemimpin kerajaan dan penyebaran video lagu dan kartun yang menghina perpaduan rakyat di Malaysia juga direka demi kepentingan politik jangka pendek mereka.

 

  1. Namun hakikatnya, setelah mereka memerah kudrat dan wang ringgit selama berbulan lamanya akhirnya Parti DAP terutamanya telah kalah teruk kepada Barisan Nasional.

 

  1. Tumpasnya DAP di 4 bandar besar di Sarawak adalah petanda jelas rakyat Sarawak menolak segala taktik kotor mereka. Kejutan yang diberikan oleh pengundi kaum Cina telah membuatkan pemimpin DAP tergamam seketika dan seperti biasa mereka tetap menyalahkan pihak Kerajaan Persekutuan.

 

  1. Jika corak pengundian ini dikekalkan di Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sudah tentu BN tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan 2 kerusi Parlimen ini. Ini ditambah pula dengan kemungkinan berlakunya pertembungan 3 penjuru di antara BN vs PAS vs PAN.

 

  1. Selain mengharapkan tuah pertembungan 3 penjuru tersebut, BN seharusnya bekerja keras untuk menarik semula pengundi di saluran 1 dan 2, golongan atas pagar dan pengundi kaum Cina.

 

  1. Team MY Scandal berpendapat bahawa BN akan sukar menawan hati golongan muda, lebih-lebih lagi golongan First Time Voters. Tiada usaha serius dan berterusan dibuat oleh Pemuda BN terutamanya Pemuda UMNO.

 

  1. Namun begitu, MY Scandal tetap yakin bahawa 2 kerusi ini akan tetap dimenangi oleh BN. Kemenangan ini bukanlah disebabkan branding BN itu sendiri, tetapi lebih kepada perpecahan undi sesama pengundi pembangkang yang akan berlaku nanti.

 

  1. Seperti biasa Team My Scandal akan turun pada 18 Jun nanti untuk membuat liputan di semua kawasan yang terlibat. Jumpa lagi!!

About Ahmad Karim

Check Also

Rafizi Kini Pengerusi PH Dan Presiden PKR

Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *