Pengguna perlu mengeluarkan wang poket mereka sendiri jika mahu terus menikmati laporan berita, analisis dan laporan khas yang bebas serta pelbagai.

Bekas wartawan dan aktivis sosial, Masjaliza Hamzah, berkata orang ramai perlu sedar mereka tidak boleh terus mendapat laporan berita secara percuma.

“Orang ramai sudah naik lemak. Kita kena faham bahawa kita kena bayar orang (wartawan) untuk bekerja dan agensi media untuk terus beroperasi.

 tmi1

“Kita kena sedar dan harus menjadikannya sesuatu,” katanya di Forum Maqasid Syariah dan Kebebasan Media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), di sini malam tadi.

Wacana itu turut dihadiri bekas ketua pengarang The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq dan pengarang akhbar The Edge, Chen Shaua Fui.

Forum berkenaan dianjurkan oleh Institut Pulau Pinang dan kumpulan G25 bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, semalam.

Sementara itu, Jahabar berkata, kos memastikan kebebasan media adalah amat tinggi dan pengguna perlu membayarnya.

Katanya, pengguna media di Malaysia tidak boleh terus bersikap mahu semuanya percuma atau menganggap semuanya adalah percuma jika mahu kebebasan media terus dipertahankan.